KUNJUNG HORMAT YANG DIPERTUA MPSPK KE KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DAN JABATAN LANDSKAP NEGARA
Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah telah mengadakan kunjung hormat ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Jabatan Landskap Negara pada hari ini.
Kunjungan MPSPK disambut baik oleh Ybhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
MPSPK sentiasa mencari ruang dan peluang dalam memastikan setiap perancangan dalam aspek perancangan dan pembangunan seiring dengan merancakkan ekonomi dan sosial bagi memastikan kawasan pentadbiran MPSPK dilengkapi segala keperluan yang diperlukan oleh setiap pemegang taruh dan juga penduduk setempat.
Hadir bersama Pengarah Jabatan Kejuruteraan Encik Mohd Zahir bin Salleh dan Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad.
Jutaan terima kasih kepada KSU KPKT dan Jabatan Landskap Negara kerana sudi menerima kunjung hormat ini. Semoga lawatan ini bermanfaat dalam membangunkan Sungai Petani.
Klik untuk gambar sekitar program



