𝟗 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐀𝐇𝐀𝐃)
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇
Majlis Lambaian Mesra Selamat Datang Dan Sanjungan Budi Semarak Kasih ini diadakan pada jam 3.30 petang bertempat di Dewan Alamanda D’Yan Chalet, Yan. Majlis ini diadakan bagi meraikan Tuan Amir Ezzat Bin Ismail sebagai Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan yang baharu dan meraikan Tuan Mohd Akmal Bin Azimi yang telah bertukar sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Sik.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abd Rois bin Hamzah, Ahli Majlis MDY serta disusuli dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Yan / Merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Puan Hajah Maznim binti Ismail, AMK., BCK.
Seterusnya, majlis menjemput tetamu yang diraikan iaitu Tuan Mohd Akmal Bin Azimi untuk menyampaikan ucapan perpisahan. Majlis seterusnya adalah sesi Serah Tugas Tuan Mohd Akmal Bin Azimi kepada Tuan Amir Ezzat Bin Ismail sebagai Setiausaha Majlis Daerah Yan dan disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj serta penyampaian cenderakenangan kepada Tuan Mohd Akmal bin Azimi daripada Majlis Daerah Yan, Ahli Majlis MDY dan Kelab Sukan dan Rekreasi MDY. Selesai acara penyampaian hadiah tersebut Majlis diteruskan dengan sesi fotografi dan jamuan.
BUBUR SELASIH UBI KELADI
LEMAK MANIS SANTAN KELAPA
TERIMA KASIH JASA DAN BUDI
SELALU DIKENANG SEPANJANG MASA
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan tuan disini.






