MAJLIS PELANCARAN AMAN PARC@AMAN SETIA GROUP
Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah pada hari ini hadir merasmikan Majlis Pelancaran Aman Parc@Aman Setia Group di Sungai Petani dan diiringi oleh Yang Berbahagia, Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pengerusi Aman Setia Group bersama Encik Radzuan Bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (Sada) serta Pengarah-Pengarah Aman Setia Group.
Aman Parc atau “Pulse of SP” dibangunkan bukan sekadar sebagai sebuah pembangunan hartanah, malahan akan berkembang maju menjadi simbol kemajuan dalam perniagaan dan sosial ekonomi. Terletak di lokasi strategik dan kemudahan akses ke Tol Sungai Petani Utara dan Selatan dengan mudah, Aman Parc sangat sesuai untuk dimiliki dan sumber pelaburan jangka panjang.
Yang Dipertua MPSPK dalam ucapannya berharap pembangunan Aman Parc dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang dinamik, di samping menaik taraf hidup komuniti melalui ruang-ruang pekerjaan yang ditawarkan. Selain itu juga Yang Dipertua turut mengambil serius terhadap isu kesesakkan aliran trafik dan memastikan bahawa penyelesaian terhadap isu tersebut akan dibuat bersama-sama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan bagi memastikan kesejahteraan penduduk tempatan. “Semoga Aman Parc terus berkembang maju, menjadi inspirasi bagi lebih banyak projek pembangunan di masa hadapan, dan memberi impak kepada komuniti”, katanya lagi.
Majlis perasmian pada hari ini turut meraikan Perayaan Tahun Baru Cina dan kemudian diteruskan dengan majlis penanaman pokok oleh Yang Dipertua MPSPK sebagai simbolik perasmian dan juga sebagai sokongan kepada pemulihaan alam sekitar dalam konteks menghijaukan bandar. Beliau turut mengajak semua tetamu yang hadir untuk menyokong usaha MPSPK dengan melancarkan tagline baru iaitu “Jom Pakat Mai Dok Di Sungai Petani” serta memastikan bahawa segala prasarana yang disediakan akan memberikan kepuasan kepada orang ramai yang memilih Sungai Petani sebagai tempat untuk keselesaan bersama keluarga.
Yang Dipertua MPSPK kemudian dibawa ke ‘Show House’ bagi melihat rekabentuk kediaman Aman Parc yang berkonsepkan moden dan elegan. Kawasan kediaman ini turut dilengkapi kawasan permainan dan kawalan keselamatan yang lengkap. Hadir bersama Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan warga kerja MPSPK.
Klik untuk video sekitar programKlik untuk gambar sekitar program













