DATUK BANDAR ALOR SETAR MERAIKAN MASYARAKAT CINA SEMPENA TAHUN BARU CINA DI TAMAN LAGUNA MAS, ALOR SETAR
10 Februari 2025, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir meraikan masyarakat cina sempena Perayaan Cap Goh Mei di Tahun Baru Cina 2025 yang diadakan bertempat di Taman Laguna Mas, malam tadi.
Program anjuran Persatuan Penduduk Taman laguna Mas itu mendapat sambutan hangat apabila ramai pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum serta komuniti sekitar dari Taman Padi Emas, Taman Limau Manis, Taman Saga, Taman Mangga dan Taman Pulasan. Malam acara perayaan itu meriah apabila pelbagai persembahan kebudayaan Cina disajikan buat pengunjung antaranya tarian singa dan naga, opera Cina, nyanyian, mengimbang bendera besar dan lain-lain lagi.
Hadir sama di program tersebut ialah Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, YB Tuan Chan Ming Kai; ADUN Kota Darul Aman, YB Teh Swee Leong; Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Laguna Mas, En Poh Cheng Hai; Pengerusi Jawatankuasa kerja Program, En Fong Chan Hap, Ahli Majlis MBAS Zon 3, Dato Ch’ng Boon Chye, Ahli Majlis MBAS Zon 11, En. Chuah Chong Yong serta Penyelaras DUN Kota Darul Aman, En. Ooi Shou Wayne.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'