LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI NEGERI KEDAH

15 Februari 2025, Sabtu – Lawatan Kerja oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu bersama Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara bertujuan mengenalpasti isu dan masalah projek perumahan (sakit dan lewat) dan seterusnya memantau kemajuan projek sebenar melibatkan lawatan tapak bersama jabatan/agensi yang berkepentingan di dalam projek tersebut.
 
Di dalam lawatan kerja YB Timbalan Menteri KPKT telah diberikan penerangan dan pencerahan yang melibatkan dua (2) projek ini oleh pihak pemaju iaitu:
i. Taman Kota Sarang Semut yang dimajukan oleh pemaju SKNY Development Sdn. Bhd. Di Kota Sarang Semut, Kota Setar, Kedah
ii. Proejk PRIMA Residensi Simpang Empat (Fasa 1) oleh pemaju Perbadanan PR1MA Malaysia, Simpang Empat, Kota Setar Kedah.
 
Rumusan lawatan ini pihak pemaju diminta mengambil tindakan segera penyiapan projek ini bagi pengeluaran Certificate of Completion and Compliance (CCC) dan diserah milik kosong kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Hadir sama mengiringi Timbalan Menteri KPKT ialah Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh; Jabatan Kejuruteraan MBAS, Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS, SADA, UIDA, Maxis, TM dan TNB.
 
 
Skip to content