KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE PROGRAM LORONG PEKAN @PEKAN RABU, ALOR SETAR
15 Februari 2025, Sabtu – Kunjungan Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya ke program Lorong Pekan yang diadakan bertempat di perkarangan Pekan Rabu, Alor Setar, semalam.
Ia turut dihadiri Pengerusi Pekan Rabu Alor Setar, En. Shahrizal Zolkeple; Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), YBrs. En. Mohd. Nazri Bin Kamaruzzaman, Ahli-Ahli Majlis MBAS, pegawai-pegawai MBAS serta pihak penganjur.
YBhg. Datuk Bandar turut melawat gerai-gerai jualan dan beramah mesra bersama para peniaga dan para pengunjung sebagai tanda sokongan daripada pihak MBAS atas usaha ini untuk memeriahkan bandaraya Alor Setar sempena Tahun Melawat Kedah 2025 disamping merancakkan ekonomi setempat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'