PROGRAM 'DISASTER RESPONSE EMERGENCY FUND (DREF)' ANJURAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
15 Februari 2025, Sabtu – Majlis Bandaraya Alor Setar telah dijemput ke Program ‘Disaster Response Emergecy Fund (DREF)’ yang diadakan bertempat di Masjid Kampung Alor Ganu, Kepala Batas, Alor Setar. Program itu merupakan anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dengan kerjasama BSMM Negeri Kedah yang pertama kali diadakan di daerah Kota Setar.
Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, Tuan Afizudin bin Dato’ Paduka Hj Mohd Saad telah hadir ke program tersebut mewakili Datuk Bandar Alor Setar. Ia turut dihadiri Pengarah BSMM Kedah, Tuan Hj Shamsul Bahar bin Abd Rani; Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Syed Basri bin Syed Ali; Penghulu Mukim Titi Gajah, Encik Mohd Ridzuan bin Abdul Razak; Ketua Imam masjid Alor Ganu, Encik Luqman Hakim Bin Adnan; Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Encik Sharul Nasir dan Wakil Klinik Kesihatan Kubang Pasu, Dr. Sharif.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'