PROGRAM SUNTIKAN ANTI RABIES DAERAH KOTA SETAR 2025
15 Februari 2025, Sabtu – Program Suntikan Vaksin Rabies Daerah Kota Setar 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar, Jawatankuasa Kecil Urusan Haiwan Terbiar, Home For Strays dan Pak Mie Shelter yang telah diadakan pagi tadi bertempat di perkarangan Alor Setar Mall, Alor Setar.
Pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya ialah Program Suntikan Vaksin (Anti Rabies), Permohonan/Pembaharuan Lesen Anjing, Pengambilan Anjing/Kucing Angkat (Adopt) serta pameran berkaitan anjing liar. ADUN Kota Darul Aman, YB Teh Swee Leong turut hadir ke program berkenaan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'