KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN | TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK |
1 | 04/2025 (KEJ) | SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL PREMIX UNTUK 2 TAHUN DI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. | KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KOD 090101) | –TIADA BERKAITAN–
|
2 | 05/2025 (KEJ) | SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TARMAC (TARBAG 50KG) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. | KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KOD 090101) | –TIADA BERKAITAN–
|
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 24 Februari 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa bersama Cop Syarikat, Sijil Asal Akaun Pendaftaran Syarikat Yang Dikeluarkan Oleh Kementerian Kewangan dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal Yang Dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 03 MAC 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 18 Februari 2025