MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025
16 Februari 2025, Ahad – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kedah 2025 di Jambatan Pintu Gerbang Muhibah Pekan Cina, Alor Setar, malam tadi.
Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli berkenan berangkat ke Majlis tersebut. Keberangkatan baginda disambut oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah.
Hadir sama YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zuber Ahmad; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Dato’ Dr Nadzman Mustaffa; Consul General Republic of The People’s Republic of China in Penang, His Excellency Mr. Zhou You Pin dan Presiden, Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Dato’ Cheng Lai Hock.
Majlis turut diserikan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan cina dan upacara menggaul ‘lao sheng’ dan seterusnya upacara kemuncak dimana upacara membuang limau ke dalam sungai sempena perayaan Chap Goh Mei dan turut disertai dengan beberapa das tembakan bunga api.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'