Mini Karnival Sukan PBT Meriah di Kompleks Sukan MBPP Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 16 Februari 2025 – Mini Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah berjaya menarik penyertaan daripada (PBT) seluruh Malaysia.

Acara tahunan ini dianjurkan oleh MBPP dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang bertujuan mengeratkan hubungan antara warga PBT.

Antara acara yang dipertandingkan termasuk perlawanan karom, ping-pong dan E-sport. Antara penyertaan PBT ialah Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan banyak lagi Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia.

Datuk Bandar MBPP, YBhg. Dato’ Ir. Rajendran A/L P. Anthony, dalam ucapannya menyatakan bahawa karnival ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga PBT untuk bersukan, tetapi juga membina semangat kesepaduan antara penjawat awam.

“Kami ingin menjadikan Mini Karnival PBT ini sebagai acara tahunan yang mampu memperkukuh hubungan antara kakitangan pihak berkuasa tempatan. Ia juga platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemai semangat kesukanan dalam komuniti,” katanya.

Para peserta berharap acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan interaksi sihat antara kakitangan pihak berkuasa tempatan.

πŸ–± Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/

πŸ“± Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

πŸ’»Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

πŸ“žNo. Whatsapp Aduan MPKP : 014-628 8381

Skip to content