HENTIKAN VANDALISME, JAGALAH KEBERSIHAN BANDARAYA ALOR SETAR
18 Februari 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan lawatan ke salah satu destinasi tarikan baharu OOTD di Alor Setar iaitu Jambatan Keretapi Lama Limbong Kapal sebentar tadi.
Hasil lawatan tersebut mendapati berlakunya vandalisme di kawasan itu serta tahap kebersihan di persekitaran kawasan tersebut berada dalam tahap yang tidak memuaskan.
Jesteru, pihak MBAS menyeru kepada semua pihak untuk memainkan peranan bekerjasama untuk menjaga kemudahan yang disediakan di bandaraya ini dengan menjaga kebersihan serta tidak melakukan perbuatan vandalisme yang tidak bertanggungjawab ini.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'