LAWATAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE PASAR BESAR ALOR SETAR
18 Februari 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan lawatan ke Pasar Besar Alor Setar pagi tadi.
Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau keadaan semasa pasar tersebut dari segi kemudahan serta memastikan kebersihan, keselamatan, dan keselesaan buat para peniaga dan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peniaga dan pengunjung atas kerjasama yang diberikan dalam penjagaan tahap kebersihan yang baik serta cadangan-cadangan yang diberikan bagi menambahbaik pasar tersebut.
Hadir sama di lawatan tersebut ialah Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tuan Haji Md. Nayan bin Bahari; Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairuddin Bin Idris; Ketua-Ketua Bahagian MBAS, Pegawai-Pegawai SWCorp, Pegawai-Pegawai e-Idaman Sdn. Bhd serta pegawai-pegawai MBAS.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'