MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN AURELIUS HOSPITAL ALOR SETAR (AHAS).

15 Februari 2025, Sabtu – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, perkenan berangkat mencemar duli bagi merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS).
 
Turut berangkat hadir bersama Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Che Puan Nur Julie Ariff.
 
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, YB Mejar (B) Mansor Zakaria; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Awang; Datuk Bandar Alor Setar; Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; Pegawai Daerah Kota Setar; Dato’ Hakim Ariff Md Noor dan Pengarah Aurelius Healthcare, Dato’ Seri Dr. Mohamed Azahari Kamil.
 
Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) merupakan di antara hospital swasta terbesar di Kedah, terletak strategik di ibu negeri Alor Setar. Dengan kapasiti penuh 250 katil dan 21 Pakar Perunding Residen yang merangkumi 15 bidang kepakaran, AHAS tampil sebagai pusat penjagaan kesihatan tertiari. Hospital ini turut menampilkan Pusat Kecemerlangan Kardiologi, Ortopedik & Tulang Belakang, Kesihatan Wanita & Kanak-kanak, serta Neurosains. Dilengkapi dengan kemudahan perubatan serba moden, AHAS setanding dengan pusat perubatan tertiari swasta lain seperti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
 
 
Skip to content