𝟏𝟖 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Majlis Cabut Undi Tapak Bazar Ramadhan telah diadakan di Dewan Dato Madi bermula pada 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Para peniaga turut diberikan taklimat sebelum cabutan undi tapak dilaksanakan.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Majlis Daerah Yan bersama beberapa agensi lain iaitu Pejabat Agama Daerah Yan, Pejabat Kesihatan Daerah Yan dan Perkeso Daerah Yan.

Turut sama hadir ke Majlis Taklimat Dan Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadhan adalah Setiausaha Majlis Daerah Yan iaitu Encik Amir Ezzat Bin Ismail serta Ahli Majlis Daerah Yan.

Skip to content