DATUK BANDAR ALOR SETAR MERAIKAN MASYARAKAT CINA SEMPENA PROGRAM TAHUN BARU CINA KRT TELOK WANJAH, ALOR SETAR
18 Februari 2025, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir meraikan masyarakat cina sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 yang diadakan bertempat di KRT Telok Wanjah, malam tadi.
Program anjuran KRT kawasan itu mendapat sambutan yang meriah apabila ramai pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum hadir ke program tersebut. Pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan yang disajikan menunjukkan keteguhan semangat perpaduan dan keharmonian dari masyarakat pelbagai bilangan kaum di negara ini.
Hadir sama di program tersebut ialah ADUN Kota Darul Aman, YB Teh Swee Leong; Ahli Majlis MBAS Zon 3, Dato Ch’ng Boon Chye; Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, Tuan Haji Ahmad Puat Bin Haji Junus; Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah, Supt Ang Weai Leoong ; Pengerusi Krt Telok Wanjah, Encik Khor Seah Meng; dan Timbalan Pengerusi Kedah Chinese Chamber Of Commerce And Industry, Tuan Ong Kheng Teong.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'