LAWATAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE TAMAN REKREASI GUNUNG KERIANG

19 Februari 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan lawatan ke Taman Rekreasi Gunung Keriang sebentar tadi. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau kawasan dan kemudahan prasarana di persekitaran kawasan itu.
 
Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairuddin Bin Idris; Ketua Bahagian Landskap & Rekreasi MBAS, En. Mohd Faizal Bin Abu Bakar, Ahli Majlis MBAS Zon 14 MBAS, En. Shahrul Anuar Bin Haron serta pegawai dari Escapezone Kedah.
 
Pihak MBAS mengucapkan terima kasih kepada pihak Xcapezone Atv Keriang Park kerana telah menyediakan perkhidmatan ATV kepada pihak MBAS.
 
Skip to content