𝟐𝟎 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 |𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓_𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑𝐅𝐑𝐎𝐍𝐓

Majlis Daerah Yan telah melaksanakan program gotong rotong sempena Tahun Melawat Kedah 2025 bertempat di Pantai Murni Waterfront bermula jam 8.30 Pagi. Seramai 187 orang peserta telah hadir untuk menjayakan gotong-royong tersebut.

Program dimulai dengan pendaftaran dan sarapan pagi. Kemudian, diteruskan dengan taklimat gotong-royong dan pembahagian tugas oleh Ustaz Mohd Fikri bin Ishak, Ahli Majlis Daerah Yan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan Majlis Daerah Yan. Peserta diberi alatan mengecat mengikut bahagian yang ditetapkan. Keseluruhan kawasan Pantai Murni Waterfront telah dicat semula untuk pengindahan sebagai kawasan tarikan pelancong utama di daerah Yan.

Turut sama dalam menjayakan dan menyokong program ini adalah Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Ghafar bin Saad [ADUN Guar Chempedak], barisan Ahli Majlis-Majlis Daerah Yan, Penghulu Mukim, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Komuniti Kampung, MKK, Pejabat Wakil Rakyat dan NGO.

Program ini bertujuan untuk pengindahan semula Pantai Murni Waterfront. Selain membersihkan kawasan, program ini turut menggalakkan amalan hidup sihat dan juga salah satu usaha untuk menyokong Tahun Melawat Kedah 2025 untuk pengunjung luar dan dalam negeri hadir ke daerah Yan.

Sekalung penghargaan dan ucapan kasih kepada semua jabatan dan agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga, usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha untuk memajukan Negeri Kedah Amnya dan khususnya Daerah Yan.

Skip to content