LAWATAN MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP) KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
20 Februari 2025, Khamis – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan lawatan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), pagi tadi. Deligasi MBSP telah diketuai oleh Penolong Pengarah Perancang Bandar MBSP, Cik Anis Shazreen Binti Azmi.
Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai Kaedah Caj Pemajuan dan pelaksanaannya yang telah digunapakai oleh MBAS yang akan digunapakai oleh MBSP setelah Draf Rancangan Tempatan MBSP diwartakan.
Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS, Tn. TPr Abdul Ghani Bin Osman bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah. Turut hadir bersama ialah kakitangan Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS dan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBAS.