PROGRAM GOTONG ROYONG ZON 1, TAMAN SERI MARINA FASA 1, KUALA KEDAH
20 Februari 2025, Khamis – Program Gotong Royong Zon 1 yang telah diadakan bertempat di kawasan lapang Taman Seri Marina Fasa 1, Kuala Kedah pagi tadi. Program ini diadakan melalui inisiatif Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai kawasan Zon 1 , En. Mohd Azizi Abdullah dan dibantu oleh Penolong Pegawai Kawasan Zon 1, En. Azhan Ramli.
Program tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari pelbagai lapisan masyarakat yang bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan negeri Kedah sebagai sebuah negeri yang bersih. Selain Majlis Bandaraya Alor Setar, program tersebut juga telah mendapat kerjasama daripada E-Idaman, komuniti penduduk Taman Seri Marina serta serta AJK Masjid Tunku Abd Rahman Putra dan Surau Yusuf Al-Taubah.
Pihak MBAS sentiasa komited dalam memastikan setiap Zon di kawasan-kawasan Ahli-Ahli Majlis MBAS ini sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bersih. Selain itu, ianya juga sebagai salah satu inisiatif MBAS untuk menyokong kempen kerajaan negeri untuk ke arah Kedah Bersih.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'