20 Februari 2025 – Majlis Penyerahan Projek Maahad Tahfiz Sains Darul Aman yang terletak di Jalan Pegawai, Kulim telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim turut hadir dalam majlis ini.

Projek ini merupakan usaha penting dalam memperkasa pendidikan tahfiz dan sains di negeri Kedah, dengan harapan dapat membuka peluang yang lebih luas untuk generasi masa depan yang cemerlang dalam kedua-dua bidang. Majlis ini turut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan sektor pendidikan demi kesejahteraan masyarakat.

Taklimat Penyerahan Projek disampaikan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah, sebelum dokumen penyerahan ditandatangani dan diserahkan kepada Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Projek ini dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Kerajaan Negeri dan berjaya disiapkan dengan pendekatan 6 in 1, serta menerima penilaian Qlassic oleh CIDB.

Projek ini memberi harapan besar kepada masa depan pendidikan di negeri ini dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di semua peringkat. Semoga institusi ini berkembang pesat dan memberi manfaat kepada masyarakat serta generasi akan datang.

Klik untuk gambar sekitar program

JKR Kulim / Bandar Baharu

#MaahadTahfizSainsDarulAman

#KedahSejahteraNikmatUntukSemua

#TheGreaterKedah

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content