PROGRAM BRISK WALK BERSAMA YANG BERBAHAGIA DATUK BANDAR ALOR SETAR.

20 Februari 2025, Khamis – Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengadakan Program ‘Briskwalk’ Bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandaraya Alor Setar serta memperkenalkan kawasan yang menarik di sepanjang laluan pejalan kaki di bandaraya Alor Setar.
 
Program ‘Briskwalk’ ini bermula di Ibu Pejabat MBAS seterusnya melalui kawasan riadah Limbong Kapal, Jambatan Keretapi Lama Limbong Kapal dan terowong hadapan Kolej Sultan Abdul Hamid dengan jarak keseluruhan 3 kilometer.
 
Program tersebut telah disertai pegawai-pegawai MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Puspanita MBAS, BPEN Kedah, Kedah Tourist Guide Association, ⁠Persatuan Sejarah Malaya, Persatuan Sejarah Kedah, Al-Bukhari International Universiti (AIU), Alor Setar Jogging Club, Belia Negeri Kedah, KRT Tanjung Bendahara, peniaga-peniaga dan orang awam.
 
Skip to content