LIMA RUN 2025
22 Februari 2025, Sabtu – Program LIMA Run 2025 yang telah berlangsung bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Acara pelepasan ‘Flag Off’ Lima Run 2025 ini telah disempurnakan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin dan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar telah diwakili oleh En Afizudin bin Dato’ Paduka Mohd Saad.
Lima Run 2025 merupakan acara sokongan bagi Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada 22 hingga 25 Mei 2025. Seramai 1500 peserta dari seluruh negara hadir memeriahkan Alor Setar dalam larian 5 KM dan 7 KM. Pelbagai hadiah menarik turut disajikan dalam majlis cabutan bertuah, 2 buah motosikal, 1 motosikal elektrik serta tiket LIMA’25 sebagai hadiah kepada peserta yang bertuah.
Hadir bersama YBrs. Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi; Datuk Ahmad Ikmal bin Ismail, Penasihat Global Exhibitions & Conferences (GEC) penganjur bersama LIMA 2025; Encik Zaidi Omar, Pengurus Besar Kedah Tourism; Encik Masdi Murad dan Penganjur Lima Run 2025.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'