PENGOPERASIAN PARKIR PERSENDIRIAN TANPA KEBENARAN
25 Februari 2025, Selasa – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan Operasi Parkir Persendirian Tanpa Kebenaran bertempat di kawasan Istana Sepachandera, Jalan Istana Lama, sebentar tadi. Operator tersebut telah diberi notis dibawah UUK4, Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kenderaan Persendirian (MBAS) 2011 atas kesalahan mengoperasikan tempat letak kereta persendirian tanpa lesen daripada MBAS.
Tindakan memindah alih kabin telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MBAS di lokasi selepas operator didapati gagal mematuhi arahan notis. Tindakan ini juga bertujuan untuk menghentikan segala aktiviti mengutip bayaran parkir tanpa kebenaran di lokasi tersebut selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'