PROGRAM SARAPAN PAGI YM YANG DIPERTUA BERSAMA PASUKAN PINGPONG MPSPK

Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah telah berkesempatan meluangkan masa bersama Pasukan Pingpong MPSPK dalam sesi sarapan pagi di Wantan Killer pagi ini.

Seramai 13 orang pemain pingpong diraikan dalam majlis ini sempena meraikan kejayaan pasukan tersebut yang meraih tempat kedua dalam sukan pingpong Mini Karnival Sukan Jemputan Pihak Berkuasa Tempatan Anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Karnival tersebut berlangsung selama dua hari bermula dari 15 – 16 Februari 2025 bertempat di Rumah Kelab Sukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan pingpong MPSPK Encik Ahmad Jamaluddin bin Ali yang berjaya membimbing pasukan sehingga mencapai kejayaan ini. Semoga pasukan pingpong MPSPK dapat terus melakar kejayaan yang lain pada masa akan datang.

Dalam masa sama, majlis ini turut meraikan hari lahir seorang pemain pingpong juga kakitangan MPSPK yang bakal bersara iaitu Encik Sulaiman bin Shaharudin. Khidmat dan jasa beliau sepanjang tempoh perkhidmatan tidak akan dilupakan.

Program kemudian diteruskan dengan lawatan ke gelanggang rasmi pingpong bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada para pemain jika ada sebarang kemudahan dan kekurangan yang perlu dipertingkatkan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua MPSPK kerana sudi menyantuni pemain pingpong MPSPK. Sesi perbincangan ini dilihat amat penting bagi meningkatkan semangat dan motivasi para pemain bagi mendapatkan prestasi yang cemerlang dalam aktiviti kesukanan. Hadir bersamaTuan Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi.


Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content