Skip to content

SEMINAR BERSIH INDAH CERIA SUNGAI PETANIKU TAHUN 2025

Menerusi Seminar Bersih Indah Ceria Sungai Petaniku, Jabatan Landskap dan Rekreasi selaku urusetia telah menganjurkan perbincangan secara menyeluruh bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan lima aspek penting yang menjadi teras pelaksanaan “Bersih Indah Ceria Sungai Petaniku” bertempat di Dewan Banquet Aras 6 Menara MPSPK.

Seminar dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah yang kemudian menyempurnakan perasmian seminar. Yang Dipertua MPSPK dalam ucapannya berharap melalui seminar ini, setiap agensi dapat mengenal pasti dengan lebih baik kawasan-kawasan di bawah pentadbiran masing-masing.

Program diteruskan dengan taklimat ringkas oleh Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad. Menurut beliau, sejak pelancaran Bersih Indah Ceria Sungai Petaniku pada Julai 2024, pelbagai siri / program telah dilaksanakan. Cetusan idea dari Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah ini dibuat bagi memupuk dan menggalak masyarakat dalam menjaga kebersihan, keindahan dan keceriaan di kawasan pentadbiran Sungai Petani.

Tentatif seterusnya ialah perbincangan kumpulan bersama kesemua agensi-agensi yang terlibat antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Environment Idaman Sdn. Bhd (E-Idaman). Pembahagian kumpulan dibuat bagi meneliti aspek Bersih Indah Ceria dan Pengurusan Pelancongan, Aspek Pengurusan Sisa Pepejal, Bandar Selamat dan SDG, Aspek Pengurusan Gerai-Gerai dan Pengurusan dan Penyelenggaraan Infra.

Program berakhir dengan perasmian penutup oleh Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi. Hadir sama wakil Pegawai Daerah Kuala Muda Encik Mohd Afiq bin Md Saad, barisan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian MPSPK dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak.

Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program

msenarzh-CN