PENGOPERASIAN PARKIR PERSENDIRIAN TANPA KEBENARAN

25 Februari 2025, Selasa – Sikap sebilangan kecil pemilik kenderaan yang mementingkan diri sendiri dan mengambil jalan mudah untuk meletak kenderaan sesuka hati di tempat yang tidak dibenarkan bukan sahaja menyebabkan halangan lalulintas malah menyusahkan semua pengguna jalan raya yang lain.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemilik kenderaan yang menyebabkan halangan di atas jalan awam dengan mengapit atau menunda kenderaan yang menyebabkan halangan dibawah Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). “Jangan menyusahkan orang lain sebab diri sendiri akan susah bila dah kena clamp”.
Oleh yang demikian, pihak MBAS menyeru masyarakat untuk bersama-sama mematuhi peraturan lalulintas dan meletak kenderaan di petak letak kereta yang telah disediakan demi menjaga keharmonian dan keselesaan pengguna jalan raya.
 
Skip to content