24 Februari 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Bengkel ‘Focus Group Discussion’ (FGD) bagi Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Mampan Kulim 2035 di Dewan Bandaran Kulim.

Bengkel ini bertujuan untuk mengumpulkan pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dalam merangka pelan strategik ke arah pembangunan bandar pintar yang mampan dan inklusif.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapan perasmiannya, menegaskan bahawa pembangunan bandar pintar bukan sekadar mengenai teknologi, tetapi juga kesejahteraan komuniti secara menyeluruh. MPKK komited untuk membangunkan Kulim sebagai Bandar Pintar, Bandar Makmur, dan Bandar Damai, selaras dengan 7 Elemen Bandar Pintar Malaysia yang merangkumi ekonomi pintat, tadbir urus pintar, mobiliti pintar, alam sekitar pintar, masyarakat pintar, kehidupan berkualiti yang pintar, serta infrastruktur digital pintar.

Bengkel ini turut diisi dengan beberapa sesi taklimat. Puan Wirda Asmat membentangkan Blueprint Bandar Pintar Kedah, manakala TPr. Juwairiyah Ho, Ketua Perunding Iktisas Planners Sdn Bhd, menjelaskan mengenai Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar Mampan Kedah 2035 serta tatacara sesi perbincangan FGD.

Bengkel ini dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan antaranya ahli majlis, pegawai-pegawai jabatan dalaman MPKK, wakil agensi kerajaan, wakil industri, akademia, dan komuniti setempat. Penglibatan pelbagai pihak ini amat penting dalam memastikan pembangunan bandar pintar Kulim menepati keperluan semasa dan masa depan.

Melalui sesi interaktif ini, pelbagai idea dan cadangan telah dikumpulkan bagi membentuk strategi pembangunan bandar yang lebih lestari dan inovatif. Inisiatif ini bakal membawa Kulim ke tahap seterusnya sebagai bandar maju, mampan, berdaya saing dan pintar menjelang 2035! 🚀🏙️

Klik untuk gambar sekitar program

#TheGreaterKedah

#KulimSmartCity

#KedahSejahteraNikmatUntukSemua

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content