BENGKEL PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH
Jabatan Perancangan Bandar yang diketuai oleh TPr Rohani binti Abu Bakar dan dibantu oleh Encik Hafisol bin Abu Bakar, Ketua Bahagian Rancangan Pemajuan & Pembangunan Mampan selaku pegawai bertanggungjawab Program Bandar Pintar bersama-sama Encik Mohd Anas Farhan bin Mohd Ali sebagai urusetia dalam menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Bandar Pintar bertempat di Dewan Bankuet, Aras 6, Menara MPSPK bermula jam 9.00 pagi. Turut membantu menjayakan bengkel ini adalah Puan Nurazureen binti Daud, Ketua Bahagian Kawalan Perancangan serta Encik Hasrun bin Abdul Halim, Ketua Bahagian Pemajuan Tanah & GIS serta kakitangan-kakitangan dari Jabatan Perancangan Bandar, MPSPK bagi memastikan perlaksanaan Program Bandar Pintar bagi kawasan Sungai Petani berjalan dengan lancar.
Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi. Turut hadir barisan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, serta wakil-wakil dari pelbagai agensi dan komuniti setempat.
Bengkel ini diteruskan dengan taklimat pertama mengenai Perancangan dan Pembangunan Bandar Pintar Malaysia, yang disampaikan oleh TPr Kok Lai Kuan dari PLANMalaysia, Pejabat Projek Zon Utara (PPZU). Sesi kedua, yang membincangkan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah, dibentangkan oleh TPr Wirda binti Asmat dari PLANMalaysia@Kedah (PMK). Seterusnya, taklimat ketiga mengenai Garis Panduan Perancangan Infrastruktur telah disampaikan oleh Encik Azhar bin Abd. Rahman, Ketua Seksyen Pembangunan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep bandar pintar serta untuk merangka pelan tindakan yang lebih efektif dalam pembangunan bandar pintar di Sungai Petani. Selain itu, sesi perbincangan kumpulan turut diadakan bagi mendapatkan input dan idea daripada peserta untuk memperkasakan inisiatif bandar pintar ini.
Melalui bengkel ini, MPSPK berhasrat untuk memastikan Sungai Petani terus berkembang dan perancangan bandar yang lebih sistematik dan mampan, demi mencapai kemajuan sosial dan ekonomi yang lebih baik untuk komuniti setempat.
Klik untuk video sekitar programKlik untuk gambar sekitar program
















