PERHIMPUNAN KORPORAT BAGI BULAN JANUARI 2025 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
26 Februari 2025, Rabu – Majlis Perhimpunan Korporat Majlis Bandaraya Alor Setar bagi bulan Januari 2025 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, MBAS. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar.
Majlis perhimpunan korporat ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian Lagu Negeri Kedah, bacaan doa serta bacaan ikrar. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan wakil kakitangan MBAS yang diwakili oleh Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBAS, En. Ahmad Letfi Saad dan ucapan perutusan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar.
Perhimpunan korporat pada kali ini diakhiri dengan gema alunan Selawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W daripada seluruh kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar serta diiringi salam ukhuwah beramai-ramai.
Hadir sama En. Nasrankamil Bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'