25 Februari 2025 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan penandaarasan daripada Majlis Daerah Marang (MDM) dalam usaha memperkukuh pentadbiran serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada masyarakat.

Delegasi MDM yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MDM, telah disambut mesra oleh Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan daripada beliau, diikuti dengan ucapan balas oleh Yang Dipertua MDM.

Sebagai sebahagian daripada sesi penandaarasan, satu taklimat khas mengenai Pelaksanaan Inisiatif E10 telah disampaikan oleh TPr Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi gambaran lebih jelas tentang pendekatan strategik MPKK dalam pembangunan bandar pintar dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien.

Lawatan ini diharapkan dapat menjadi platform terbaik untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman, dan meneroka peluang inovasi baharu dalam usaha memperkasa pembangunan industri dan kesejahteraan masyarakat.

💡 Komitmen ke arah transformasi bandar yang lebih maju dan berdaya saing!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulimKedah

#KulimSmartCity

#KulimIndustrialCorridor

#TheGreaterKedah

#ExperienceKedah

Skip to content