



26 Februari 2025 – Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan Majlis kesyukuran sempena menyambut bulan Ramadan 2025 sebagai persediaan menyambut bulan penuh keberkatan ini.
Majlis ini diadakan bertempat di Perkarangan Surau Az-Zuhud, MPKK. Para anggota MPKK turut serta dalam aktiviti gotong-royong memasak, diikuti dengan bacaan tahlil dan doa sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan bagi menyambut Ramadan yang bakal tiba.
Turut hadir dalam majlis ini, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; Ahli-Ahli Majlis serta warga anggota MPKK.
Semoga majlis ini bukan sekadar sebuah perhimpunan, tetapi menjadi lambang ukhuwah, kasih sayang dan rasa syukur dalam menyambut bulan yang mulia. Marilah kita bersama-sama menyambut Ramadan dengan hati yang bersih, jiwa yang tenang dan semangat kebersamaan yang tinggi.