Liga Bola Sepak 2025 Daerah Kubang Pasu Piala Pegawai Daerah

27 Februari 2025 (Khamis) – Bertempat di Stadium Mini MPKP, Jitra telah berlangsung satu perlawanan akhir Liga Bola Sepak 2025 Daerah Kubang Pasu Piala Pegawai Daerah.

Perlawanan akhir yang telah berlangsung diantara MPKP FC menentang KEDA FC. Keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan seri dan telah diheret ke masa tambahan. Keputusan di masa tambahan juga telah berakhir dengan seri. Penentuan sepak penalti diantara kedua-dua pasukan bagi menentukan siapakah yang akan membawa pulang piala kejuaraan. Keputusan akhir menyaksikan KEDA FC telah berjaya mengalahkan MPKP FC melalui sepakan penalti.

Pingat dan piala telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📞No. Whatsapp Aduan MPKP : 014-628 8381

Skip to content