GOTONG-ROYONG DI SURAU AL-RAHMANIAH, KAMPUNG TELUK YAN, ALOR SETAR

1 Mac 2025, Sabtu – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar telah menyertai program Gotong-Royong anjuran Majlis Ketua Kampung Negeri Kedah yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Surau Al-Rahmaniah, Kampung Teluk Yan, Alor Setar.
 
Gotong-Royong tersebut diadakan bersama komuniti penduduk Kampung Teluk Yan bagi membersihkan kawasan sekitar dan laluan-laluan utama di kawasan itu.
 
Program itu telah dihadiri Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan Negeri Kedah, YB. Dzowahir Bin Ab. Ghani. Hadir sama Ahli Majlis MBAS Zon 7, Puan Noor Azra Binti Md Saleh; Ahli Majlis MBAS Zon 6, En. Shamsudin bin Ahmad serta Ketua Kampung, Suraj A/L Dawa Rajoo.
 
Skip to content