KARNIVAL SUKAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2025
27 Februari 2025, Khamis – Sorotan Foto sekitar hari terakhir Karnival Sukan Kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Komuniti dan LA21 MBAS yang melibatkan acara Badminton, Ping Pong dan Sepak Takraw yang telah berlangsung bertempat di Unique Recreation Centre, Dewan Dato’ Syed Omar, Alor Setar. Turut diadakan acara selingan iaitu acara karom melibatkan pasukan Datuk Bandar Alor Setar melawan pasukan Tuan Setiausaha MBAS.
Karnival Sukan Kakitangan MBAS hari terakhir ini telah dihadiri Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya; Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'


















