KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE BAZAR RAMADAN TAMAN WIRA MERGONG

2 Mac 2025, Ahad – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah berkunjung ke Bazar Taman Wira Mergong, Alor Setar. Lawatan tersebut diadakan bagi melihat sistem operasi dan kemudahan pasar malam tersebut serta memastikan kebersihan, keselamatan, dan keselesaan buat para peniaga dan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Hadir sama Ahli Majlis Zon 7, Pn. Noor Azra Md Salleh; Pengerusi Pekan Rabu, En. Shahrizal Zolkeple; Mantan Ahli Majlis MBAS, En. Khaled, Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali; Ketua Bahagian Teknologi Maklumat MBAS, En. Anas Abd Rahim; Ketua Unit Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, En. Khaled Shah serta pegawai-pegawai terlibat.

Skip to content