LAWATAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE PASAR MALAM JALAN PEGAWAI

27 Februari 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan lawatan ke Pasar Malam Jalan Pegawai, Alor Setar. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau sistem operasi dan kemudahan pasar malam tersebut serta memastikan kebersihan, keselamatan, dan keselesaan buat para peniaga dan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
 
Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali; Ketua Unit Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, En. Khaled Shah serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content