PROGRAM BRISK WALK BERSAMA YANG BERBAHAGIA DATUK BANDAR ALOR SETAR V2

26 Februari 2025, Rabu – Kira-kira 150 warga Bandaraya Alor Setar telah sertai Program ‘Briskwalk’ V2 bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya. Program ‘Briskwalk’ ini merupakan inisiatif pihak MBAS untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandaraya Alor Setar serta memperkenalkan kawasan yang menarik di sepanjang laluan di Bandaraya Alor Setar.
 
Selain itu, program ‘Briskwalk’ ini juga membantu Yang Berbahagia Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis serta pihak pengurusan MBAS meninjau aduan-aduan awam berbangkit di dalam Mesyuarat Majlis Penuh MBAS. Laluan ‘Briskwalk’ kali ini melalui persisiran sungai seberang pumpong dengan jarak keseluruhan kira-kira 5 kilometer.
 
Antara yang menyertai program ‘Briskwalk’ V2 kali ini ialah pegawai-pegawai MBAS, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Puspanita MBAS, Jabatan Kastam Diraja Kedah, Kedah Tourist Guide Association, ⁠Northern Runners, BPEN Kedah, JPBD Pejabat Projek Zon Utara, Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah Medical Centre, SWCorp, Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Pusat Khidmat Suka Menanti, Pelajar-Pelajar Insitut Pengajian Tinggi dan Sekolah, peniaga-peniaga dan orang awam.
 
 
Skip to content