PROGRAM KAYUHAN SEMPENA SPRM KEDAH BERSAMA MASYARAKAT
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah mengadakan kayuhan santai dalam konteks menyantuni program yang diadakan oleh SPRM Kedah Bersama Masyarakat anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah yang berlangsung di pekarangan Pejabat SPRM Sungai Petani. Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat serta meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan integriti dan pembanterasan rasuah.
Sebelum menghadiri program di SPRM, rombongan kayuhan santai MPSPK yang diketuai oleh Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, sempat melakukan tinjauan ringkas ke kediaman rasmi Pegawai Daerah bagi tujuan pemantauan.
Selesai tinjauan, kayuhan diteruskan lagi ke Pejabat SPRM Sungai Petani, di mana peserta turut menyertai sesi senamrobik sebagai langkah memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.
Turut hadir dalam program ini ialah Setiausaha MPSPK, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, barisan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian serta warga kerja MPSPK. Kehadiran dan penglibatan MPSPK dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menjalin kerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan demi pembangunan masyarakat yang telus dan berintegriti.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk kesedaran integriti dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat setempat.
Klik untuk video sekitar programKlik untuk gambar sekitar program
















