KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL TAJUK NO SEBUT HARGA KOD BIDANG
1 SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM/KERJA DAN KELENGKAPAN YANG BERKAITAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN NO. 12/2025 (PER) 020801 ATAU 020899 DAN 222401

Harga Dokumen : RM20.00 SENASKAH (KAD DEBIT & KAD KREDIT)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman  mulai 06 MARCH 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
1.45 petang – 4.00 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
1.45 petang – 2.30 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 13 MARCH 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 06 MARCH 2025

Skip to content