KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE BAZAR RAMADAN TAMAN NURI, ALOR SETAR

4 Mac 2025, Selasa – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah berkunjung ke Bazar Taman Nuri, Alor Setar. Kunjungan tersebut diadakan bagi memantau sistem operasi dan kemudahan bazar tersebut serta memastikan kebersihan, keselamatan, dan keselesaan buat para peniaga dan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
 
Beliau diiringi ADUN Derga, YB Muhammad Amri Wahab; Ahli Majlis Zon 12, Pn. Susilawati Abd Wahab; Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali; Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, En. Ahmad Syaher Abu Bakar serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content