LAWATAN EXCO PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN KESIHATAN NEGERI KEDAH BERSAMA DATUK BANDAR ALOR SETAR KE BAZAR RAMADAN PASAR PEREMBA, ALOR SETAR.
5 Mac 2025, Rabu – EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin Zakaria bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Pasar Peremba, Alor Setar petang tadi.
Lawatan tersebut diadakan bertujuan meninjau operasi bazar tersebut selain bertemu para meniaga dan pengunjung dalam memastikan kebersihan dan keselamatan berada dalam tahap yang terbaik. Yang Berhormat EXCO turut menyampaikan apron bertemakan ‘Experience Kedah’ dan ‘Kedah Cashless’ kepada para peniaga bagi mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025 dan menggalakkan pembayaran secara tanpa tunai di bazar tersebut.
Hadir sama ialah Ahli Majlis MBAS Zon 5, En. Abdul Basir bin Ahmad; Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairuddin Bin Idris; Ahli Jawatankuasa Gabema Kedah, En. Dino; Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila bt. Che Ali; Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, En. Ahmad Syaher bin Abu Bakar serta pegawai-pegawai terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'