04 Mac 2025 – Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Kulim telah melancarkan Ops Ramadan 2025 dan sesi walkabout di Tapak Bazar Ramadan Taman Sang Kancil, Lunas Kulim .

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd. Khaidir bin Abd. Hamid, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah; Dr. Mohd Zukri bin Ibrahim, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim; Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK, serta Encik Mohd Aswad B. Mat Zain, Timbalan Ketua Cawangan KPDN Kulim.

Majlis diteruskan dengan walkabout di tapak bazar. Pasukan pemeriksa yang terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kulim telah menjalankan pemeriksaan ke atas 81 peniaga yang beroperasi di bazar tersebut.

Diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran peniaga tentang kepentingan penyediaan makanan yang berkualiti serta menjadikan Bazar Ramadan sebagai lokasi yang lebih bersih, selamat, dan selesa untuk semua.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini ✨

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim – PKD Kulim

#MajlisPerbandaranKulim

#BazarRamadanKulim

#Ramadan1446H

Skip to content