05 Mac 2025 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah mengadakan perhimpunan korporat anggota bersama pihak pengurusan atasan dan anggota MPKK bertempat di Perkarangan Lobi, MPKK.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Kedah, dan Lagu Perkhidmatan Awam, diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara sebagai simbol kesetiaan dan semangat patriotisme dalam perkhidmatan.

Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK mewakili Yang Dipertua dalam ucapan menekankan kepentingan pengurusan masa yang bijak bagi anggota, khususnya dalam mengimbangi tanggungjawab kerja dan ibadah sepanjang bulan Ramadan. Puan Setiausaha turut mengingatkan dan menyeru agar seluruh warga kerja MPKK terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan Kulim.

Semoga semangat yang dipupuk dalam perhimpunan ini menjadi pemangkin ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang dan dinamik!

Klik untuk gambar sekitar program

#PerhimpunanKorporat2025

#MajlisPerbandaranKulim

#TheGreaterKedah

Skip to content