WALKABOUT BAZAR RAMADAN 2025 BAGI DAERAH KUALA MUDA

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda (PKD) yang diketuai oleh Dr. Suziana binti Redzuan telah menganjurkan Walkabout Bazar Ramadan di Jalan Padang, Sungai Petani. Hadir bersama Pegawai Daerah Kuala Muda, Encik Azmin bin Zainol Abidin, Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar, Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah bin Abd.Hadi, barisan Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai MPSPK.

Bermula 2 Mac 2025, para peniaga telah memulakan perniagaan mereka di pelbagai lokasi bazar Ramadan seluruh Sungai Petani. Aneka pilihan juadah makanan dan minuman boleh didapati bermula jam 3.00 petang.

Tujuan ‘Walkabout’ tersebut adalah untuk melihat dan meneliti kebersihan dalam pengendalian makanan yang perlu dipatuhi oleh para peniaga bagi mengelakkan risiko keracunan makanan dan juga mendidik para peniaga betapa pentingnya menjaga kebersihan dalam semua aspek bermula dari pemakaian sehinggalah kepada aspek penyediaan makanan bagi memastikan tahap kebersihan berada dalam keadaan yang baik.

Selain menyantuni para peniaga, mereka juga turut diberikan apron yang berfungsi untuk melindungi makanan daripada pencemaran silang yang terdapat pada badan atau pakaian pengendali makanan. Profesionalisme dalam penyediaan makanan harus diutamakan. Semoga teguran dan nasihat daripada para pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dapat meningkatkan imej dan kualiti para peniaga bazar dan jadikan bazar di Sungai Petani antara yang terbaik dalam aspek pengendalian makanan demi kesejahteraan orang ramai.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk kesedaran integriti dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat setempat.

Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content