KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH PERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL ZAKIAH, KARIAH KAMPUNG GERIGIS, DAERAH KOTA SETAR.
7 Mac 2025, Jumaat – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Az-Zakiah, Kariah Kampong Gerigis, Daerah Kota Setar.
Ketibaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Haji Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samah Dato Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang; Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato Haji Abdul Gafar Yahya serta ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab.
Baginda turut perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Az-Zakiah, Kariah Kampong Gerigis, Daerah Kota Setar sebelum menunaikan Solat Jumaat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'