MAJLIS IFTAR EXPERIENCE KEDAH 1446H|2025M

7 Mac 2025, Jumaat – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir ke Majlis Iftar Experience Kedah yang diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Iftar Experience Kedah anjuran dari Pejabat Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan serta Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan ini mendapat sambutan yang meriah dari pelbagai lapisan masyarakat islam yang berbuka puasa di dataran itu.

Hadir sama di majlis tersebut adalah barisan EXCO dan ADUN Negeri Kedah.

Iftar Experience Kedah ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat di sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Dataran Medan Bandar dengan pelbagai aktiviti dan pengisian dari barisan penceramah dan personaliti istimewa.

Ayuh hadir bersama keluarga & sahabat untuk menghidupkan Ramadan dengan penuh kemuliaan.

Jangan lupa mai.

Kredit Foto : Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)

 
Skip to content