KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN SULTANAH BAHIYAH & JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI, HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH
8 Mac 2025, Sabtu – Kempen Derma Darah anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di bulan Ramadhan 1446H dengan kerjasama Pusat Transfusi Darah Wilayah Utara Hospital Sultanah Bahiyah, Balai Seni Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar, Lions Club Of Alor Setar, Bulan Sabit Merah Malaysia Kedah yang berlangsung pagi tadi bertempat di Galeri Balai Seni Negeri Kedah.
Program tersebut mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak apabila telah berjaya mengumpul 79 pek darah. Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim yang merupakan Pengerusi YSB turut berkenan hadir ke program berkenaan. Ketibaan beliau disambut Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bersama para petugas dan pegawai terlibat.
Program ini akan diadakan lagi pada 10 Mac 2025 (Isnin) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Galeri Balai Seni Negeri Kedah.
Orang ramai dijemput hadir.
Sumbangan darah anda amat berharga kepada para pesakit yang memerlukan darah.
“Setitik Darah Selamatkan Nyawa”
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'