PROGRAM ZIARAH KASIH DAN PEMBERIAN BAKUL KASIH RAMADAN MBAS BERSAMA PUSPANITA MBAS 2025

8 Mac 2025, Sabtu – Majlis Bandaraya Alor Setar bersama PUSPANITA MBAS telah mengadakan Program Ziarah Kasih dan Pemberian Bakul Kasih Ramadan 2025 dengan berkunjung ke rumah kakitangan MBAS yang tidak dapat menjalankan tugas atas faktor kesihatan.
 
Beberapa bentuk sumbangan cenderahati telah disampaikan oleh Pengerusi PUSPANITA MBAS, YBhg Datin Fauziah binti Halim. Hadir sama Timbalan Pengerusi PUSPANITA MBAS, Puan Siti Zuriah binti Abd Kadir serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Puspanita MBAS.
 
Senarai penerima sumbangan bakul kasih ramadan MBAS :
 
1. En Ahmad Yusree bin Yusuf, Bahagian Landskap MBAS
2. Cik Sabariah binti Ahmad Nasri, Bahagian Kualiti Komunikasi Korporat MBAS
3. En Sahruddin bin Wahab, Bahagian Pentadbiran MBAS
4. Cik Siti Nurwardah Habibah Binti Fazil, Bahagian Penilaian MBAS
 
Skip to content