Program dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu yang dirasmikan Oleh Yang Berbahagia Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu Tuan Mohd Noor Bin Ismail.

Turut hadir bersama ialah Ybrs. Dr. Nurul Afzan Binti Aminuddin, Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu, En. Mohamad Amin bin Jaafar, Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Wakil SWCorp Kulim/ Bandar Baharu, Wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kulim/ Bandar Baharu, Ketua- Ketua Bahagian Majlis Daerah Bandar Baharu dan Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu.

Program diakhiri dengan sesi penyerahan Apron Experience Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025 daripada Tuan Yang Dipertua MDBB dan cenderahati daripada Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu kepada peniaga-peniaga di bazar ramadan Dataran Seri Serdang.

Skip to content